PUTRAJAYA: Tindakan Thailand yang mula mengawal eksport gula mentah tidak akan menjejaskan bekalan komoditi itu di Malaysia kerana dua syarikat pengilang gula terbesar di negara ini tidak bergantung kepada bekalan dari negara berkenaan.
Dua syarikat itu ialah MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR).
Bercakap kepada media selepas meninjau harga ayam di pasar raya Lotus's di sini hari ini, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata CSR dan MSM memperoleh bekalan gula mentah daripada sumber lain selain Thailand.
"Jadi dengan apa yang berlaku di negara itu (Thailand), kekurangan eksport atau kenaikan (harga) gula mentah tidak akan memberi kesan kepada kita kerana kita tidak ambil gula mentah dari sana," katanya.
Ia sebagai mengulas keputusan Thailand baru-baru ini untuk mula mengawal selia harga domestik dan eksport gula dalam usaha mengawal inflasi serta mengekalkan keterjaminan makanan di negara itu.
Thailand merupakan pengeluar gula mentah kedua terbesar di dunia selepas Brazil dan bekalan gula mentah Malaysia diperoleh dari Brazil sepenuhnya sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun, Armizan menjelaskan Malaysia sedang berdepan dengan kenaikan harga gula mentah yang tinggi di peringkat global iaitu sebanyak 52 peratus berbanding pada 2021, yang secara tidak langsung ia memberi kesan di peringkat runcit.
"Difahamkan kedua-dua syarikat pengeluar gula berhadapan dengan masalah kerana bagi setiap kilogram (kg) gula kasar yang dijual pada harga RM2.85, mereka sebenarnya rugi sebanyak 88 sen.
"Sekarang kita sedang jalankan libat urus dengan kedua-dua syarikat tersebut dan cuba untuk menangani masalah ini kerana mereka merupakan jaminan bekalan gula yang ada di negara kita," katanya.
Sementara itu, Armizan mengakui terdapat gangguan bekalan gula di sesetengah kawasan hingga wujud had pembelian, contohnya hanya dua pek atau dua kg yang boleh dibeli oleh setiap individu biarpun bekalan gula ada dalam negara.
Menurutnya terdapat pasar raya atau kedai runcit membuat peraturan sendiri untuk hadkan pembelian bagi membolehkan semua pengguna dapat bekalan gula yang mencukupi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
Datuk Armizan Mohd Ali berkata CSR dan MSM memperoleh bekalan gula mentah daripada sumber lain selain Thailand. - Gambar fail
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 April 2024.
Labuan terima bekalan gula selepas masalah kekurangan lebih seminggu
Sebanyak 9,800 kg gula diterima daripada pemborong di Sabah iaitu Chung Kwong, Sandakan dan Keluarga Timur Kota Kinabalu pagi ini.
Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan selesai Rabu ini - Armizan
Masalah kekurangan bekalan gula di Labuan dijangka selesai selewat-lewatnya Rabu ini dengan kemasukan bekalan sebanyak 118.90 metrik tan dari Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Gangguan bekalan akibat harga gula mentah tinggi di pasaran antarabangsa - Armizan
Gangguan bekalan gula yang berlaku di Sabah serta beberapa kawasan di negara ini antara lain disebabkan harga gula mentah di pasaran antarabangsa yang tinggi.
Tindakan Thailand kawal eksport gula mentah tidak jejas bekalan dalam negara
Tindakan Thailand yang mula mengawal eksport gula mentah tidak akan menjejaskan bekalan komoditi itu di Malaysia.
Pengeluar gula perlu hantar laporan harian kepada KPDN - Salahuddin
Ia bagi memastikan faktor bekalan gula di negara ini berada dalam keadaan terjamin selain memastikan situasi di pasaran tidak terjejas.
KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.
KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna di negeri itu.
Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula
Jawatankuasa Kabinet mengenai hala tuju bekalan gula telah ditubuhkan bagi menangani kekurangan bekalan dan memastikan kestabilan harga barangan tersebut.
Ops Manis: KPDN periksa 116 premis di Kelantan, Terengganu
KPDN memeriksa 116 premis di Kelantan serta Terengganu menerusi Ops Manis hari ini dan tiada kes kegagalan pematuhan undang-undang yang menyebabkan gangguan bekalan gula direkodkan.